Kebaikan Minum Susu Kambing
Salic Goat - 100% Susu Kambing Asli & OrganikAnak, satu anugerah paling besar yang dikurniakan oleh pencipta kita ALLAH S.W.T kepada semua
pasangan berkahwin tidak kira dari mana latar belakang agama mahupun kaum. Anak juga adalah
tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh sang pencipta untuk ibu bapa bagi membesar dan
mendidik mereka supaya menjadi generasi yang berguna. Awal kelahiran si anak , salah satu factor
yang menyumbang kepada tumbesaran yang sihat adalah khasiat susu ibu. Umum mengetahui ,
khasiat susu ibu adalah yang terbaik bagi membesarkan si kecil .Namun , terkadang dek terlalu
mengejar kenikmatan dunia si ibu alpa dalam tanggungjawab terasnya menyebabkan si kecil
mungkin terdedah kepada penyakit merbahaya atas sebab kekurangan daya imunisasi yang di
hasilkan dari susu ibu.
Banyak kajian terperinci telah dilakukan oleh cerdik pandai sejak zaman manusia berevolusi,
menyatakan salah satu sumber terbaik bagi menggantikan khasiat susu ibu adalah susu kambing.
Alaminya susu kambing adalah susu yang dihasilkan oleh kambing betina selepas melahirkan dan
terdapat beberapa komposisi tertentu yang melengkapkan sifat fizikal susu kambing itu sendiri iaitu
protein, lemak, bahan kering dan BKTL. Terdapat beberapa kebaikan terhadap rutin meminum susu
kambing yang dapat dikupaskan samaada terhadap kanak-kanak mahupon golongan akil baligh.
Sudah namanya anak kecil, anak kecil tidak mampu bertutur mahupun menyampaikan apa yang
dihajati. Sering kita mendengar tular kes kes penderaan terhadap bayi atas ketidaksabaran si ibu
muda. Si kecil mungkin menangis atas sebab sebab tertentu seperti sembelit , kembung atau sakit
perut. Kebutuhan susu juga menjadi faktor si anak kecil meragam. Kesempitan masa ibu muda masa
kini menyebabkan kurangnya jumlah susu yang diberikan kepada bayi lantas si kecil
menterjemahkan ketidakselesaan atau kebutuhan itu kepada tangisan. Di sini timbulnya solusi
terhadap permasalahan ini di mana susu kambing boleh dijadikan suplimen gantian terhadap susu
ibu kerana susu kambing dapat menguatkan sistem imunisasi badan anak kecil lantas dapat
mengurangkan peratusan terkena penyakit penyakit yang sering menimpa anak anak kecil di
samping anak anak kecil dapat membesar dalam kadar yang normal.
Fasanya seterusnya dalam tumbesaran si anak adalah ketika mereka sudah memasuki alam
persekolahan. Tika itu ibu bapa mungkin sudah boleh menarik nafas lega sedikit kerana anak anak ini
sudah boleh sedikit demi sedikit berdikari menguruskan perkara perkara domestic sekaligus
meringankan beban yang ditanggung penjaga. Berbeza situasinya ketika si anak masil kecil kerana
waktu itu sepenuh perhatian hanya diberikan untuk mencorakkan dan membesarkan mereka. Bak
kata pepatah “ Anak kecil itu seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan atur hidup anak itu “.
Namun para penjaga haruslah ingat , kanak kanak bersekolah pada zaman “dunia di hujung jari “
tenaganya banyak disalurkan pada aktiviti pembelajaran di siang hari. Bayangkan, seharian masa dari
terbit hingga terbenamnya matahari dihabiskan di sekolah. Malam pula mungkin menelaah
pelajaran ataupon tusyen. Sudah pasti kanak kanak ini kehabisan tenaga. Sistem tubuh mereka
bekerja lebih dari apa yang mereka mampu lakukan. Peranan susu kambing dalam situasi ini amatlah
berguna bagi meningkatkan daya ketahanan dan daya tumpuan kanak kanak supaya mereka kekal
focus untuk mengharungi sistem pembelajaran dan kokurikuum di sekolah. Ibu bapa juga sudah
semestinya akan tersenyum melihat anak anak yang lebih cergas dan cerdas dalam rutin yang
mencabar.
Saat melahirkan adalah satu kenangan terindah buat si ibu. Bertarung nyawa untuk mendapatkan
waris untuk suami tercinta. 40 minggu membawa ‘isi’ di dalam perut sememangnya satu
pengalaman yang terpahat dalam ingatan ibu mengandung. Bermacam macam keadaan atau situasi
yang harus ditempuhi sepanjang usia kandungan. Emosi menjadi tidak stabil, tidur menjadi tidak
lena , kaki menjadi lebam, selera makan juga berkurangan akibat pembawaan budak di dalam
kandungan. Itu adalah contoh situasi yang perlu dihadapi oleh si ibu yang sarat mengandung. Pada
saat dan tika ini si suami haruslah memainkan peranan bagi mengurangkan beban yang ditanggung
oleh orang yang disayangi.Namun , si suami juga kadang tidak sempat kerana terikat dengan kerja
hakiki. Meminum susu kambing adalah salah satu alternative yang boleh di amalkan oleh ibu
mengandung bagi meredakan ketidakselesaan yang wujud ketika mengandung. Susu kambing
berperanan sebagai mangkin untuk meredekan masalah kekejangan otot dan memastikan ibu
mengandung kekal sihat dan cergas. Bilamana perkembangan positif ini wujud sudah pastilah
keadaan anak yang dikandung juga berapa dalam paras kesihatan yang optimum seterusnya
tumbesaran kandungan juga berada dalam keaadaan seimbang.
Selepas melahirkan, bermulalah episod baru dalam kehidupan si ibu dan ayah. Si ayah sebak
memegang anak kecil yang baru dilahirkan lantas diazankan dan diiqamahkan ke telinga si kecil .
Masih lembut tulangnya, hanya terdengar sayup suara anak kecil itu. Mata si ayah berpaling pada si
ibu, syukur dalam hatinya. Kedua dua ibu serta bayi dalam keadaan stabil namun jauh di sudut hati si
ayah mengerti betapa besar pengorbanan yang dilakukan oleh si ibu ketika proses melahirkan. Mata
menjadi kuyu, badann menjadi lesu, bibir menjadi pucat akibat bertarung nyawa melahirkan zuriat
tercinta. Banyak pergerakan otot dan urat yang tegang akibat proses melahirkan. Sistem Peranakan
si ibu juga mengalami sedikit luka akibat tenaga yang digunakan untuk melahirkan si kecil. Di sini
susu kambing memainkan peranan dalam membantu si ibu untuk mengharungi proses pemulihan. Di
samping mengambil ubat yang di bekalkan oleh pakar kesihatan, ibu yang berpantang juga boleh
mengamalkan minum susu kambing bagi membantu merpercepatkan pemulihan anggota dalaman
serta menjadikan ibu ibu kekal sihat dan cergas. Si comel yang baru lahir juga haruslah di beri
perhatian. Adalah normal bagi si kecil yang baru lahir terkena penyakit demam kuning cuma tahap
keseriusan demam berbeza mengikut keadaan si kecil. Bagi mencegah hal yang demikian , terdapat
pilihan bagi ibu mengandung mengamalkan minum susu kambing Karena bagi mengelakkan bayi
terkena demam kuning.
Apa sajaha usaha , ikthiar dalam sesebuah permasalahan perlulah disulamkan dengan doa dan
tawakkal. Memiliki sebuah keluarga yang sihat dan cergas serta terhindar dari penyakit adalah
impian semua institusi kekeluargaan tidak kira dari mana agama dan bangsanya. Dari sudut islam
juga terdapat hadis dari Abu Ubaidah bin AToq menyatakan perihal kambing bahawa Rasulullah SAW
pernah bersabda bahawa “"Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah yg ditinggalkan orang
soleh terdahulu".Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau
menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah). Ingatlah , sesuatu yang datang dari
alam itu jika digunakan dan dimanfaatkan sebaik mungkin ianya dapat mendatangkan kebaikan pada
semua umat. In sha allah.