Keburukan Susu Formula
Salic Goat - 100% Susu Kambing Asli & OrganikMendirikan masjid atau berkahwin itu adalah satu ibadah yang dituntut dalam agama islam. Banyak
perkara yang kita boleh pelajari dari pengalaman dan ambil iktibar setelah berkahwin contohnya
dapat memupuk sifat sabar dalam diri, tahu apa itu erti bekerjasama dan bertolak ansur di dalam
keluarga. Namun terdapat satu elemen yang akan melengkapkan sesebuah keluarga itu. Anak, anak
adalah pelengkap kepada sebuah institusi kekeluargaan juga sebagai tanda kasih sayang sepasang
suami dan isteri . Terdapat dua peringkat paling kritikal yang memerlukan perhatian ibu bapa
sepenuhnya dalam peringkat tumbesaran anak. Peringkat yang pertama adalah ketika anak itu masih
bayi (usia dalam lingkungan 0-24 bulan ) . Peringkat yang yang kedua pula adalah ketika anak di
dalam kelompok umur kanak-kanak ( 2 tahun – 13 tahun ). Apa yang ingin diteliti dalam artikel ini
adalah ketika anak dalam usia bayi.
Tahap usia bayi adalah susur masa paling penting untuk ibu bapa memiliki pelbagai pengetahuan
dan kemahiran berkaitan anak. Perkara ini haruslah dipupuk dari awal kerana ia akan dapat
menjadikan ibu bapa lebih peka dan rapat pada anak anak. Antara pengetahuna dan kemahiran yang
perlu ada pada ibu bapa ketika anak masih bayi adalah doa doa pilihan untuk bayi, panduan
terhadap kesihatan bayi, panduan mengelakkan kecederaan dan kemalangan terhadap bayi dan
perkara perkara yang berkaitan tentan penyusuan bayi. Dalam konteks penyusuan, perlu diberi
perhatian pada perihal susu formula. Ibu ibu pada zaman millennium ini sering mempunyai masa
yang sangat terhad untuk bayi mereka. Kebanyakan memilih untuk memberikan susu formula pada
bayi atas kesuntukan masa tadi. Terdapat pro dan contra terhadap susu formula. Artikel ini akan
membincangkan dan menghujahkan tentang keburukan susu formula.
Perlu diambil perhatian bahawa keburukan susu formula bukan terhad kepada bayi sahaja bahkan ia
juga menjejaskan kesihatan si ibu dan sekaligus mencacatkan perhubungan di antara ibu dan bayi.
Umum mengetahui bayi yang berterusan mengkonsum susu formula tanpa ada diberikan sedikit pun
susu ibu lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti batuk, selsema dan demam. Punca utama
berlakunya jangkitan adalah kerana kurangnya antibodi di dalam susu formula berbanding susu ibu
yang terbukti tinggi kandungan antibodinya. Matematik mudah nya adalah susu formula hanya
berkesan antibodinya apabila bayi menghabiskan satu tin susu formula di mana seorang bayi itu
mungkin perlu meminum susu sebanyak 10 botol untuk menghabiskan satu tin susu formula. Tidak
dinafikan, perancangan dan ketentuan ilahi itu sangatlah indah dan sempurna. Apabila lahirnya
seorang cahaya mata kitaran hormone dalam bdan seseorang yang bergelar ibu berubah lalu
menghasilkan cecair yang dipanggil susu ibu. Namun apakah kesan sampingan yang boleh dihidap
kita susu badan ini kurang penggunaannya iaitu kurand disalurkan keluar kepada bayi. Terdapat
kajian yang menyatakan ibu yang kurang menyalurkan susu ibu kepada bayi mempunyai peratusan
untuk menghidap penyakit kanser payudara dan kanser ovari.
Di zaman yang penuh mencabar ini serta keadaan ekomoni yang tidak menentu, perancangan di
dalam sesebuah institusi keluarga amatlah perlu bagi memastikan keperluan untuk anak anak dapat
disedikan dengan cukup. Bukan mahu menidakkan ketentuan ilahi terhadap rezeki anak tetapi
kadangkala kala perancangan itu juga perlu. Bagi ibu bapa yang memberi sepenuhnya susu formula
kepada bayi, kebolehan untuk merancang dan menjarakkan usia anak itu kurang kerana bagi ibu
yang menyusukan bayinya sendiri, kaum ibu ini akan lambat datang bulan dan ini bermakna proses
penghasilkan telur didalam ovari juga tidak berlaku. Selain itu sistem Peranakan kaum ibu dapat
berehat. Bayi sememangnya memerlukan zat yang banyak untuk mereka membesar dengan sihat
namun kadangkala bancuhan susu formula yang digunakan adakalanya cair adakalanya pekat
menyebabkan zat yang diberikan pada bayi tidak konsisten. Apabila zat untuk bayi tidak mencukupi
maka akan hadirlah virus virus yang cenderung kepada penyakit bayi. Penjaga mahupon ibu bapa
pastilah tidak mahu apa saja perkara buruk berlaku pada si kecil.
Seperti yang ditekan pada awal tadi, ketika umur anak masih peringkat bayi, ibu bapa haruslah
memahami kelakuan bayi dan memilki pengetahuan tentang bayi . Penggunaan susu formula sedikit
sebanyak mencacatkan proses ini kerana ianya tidak membantu terjadinya eratan kasih sayang
antara ibu dan bayi. Kerana seperti yang diketahui , ibu yang menyusukan bayinya sendiri melalui
proses dakapan yang erat serta bayi dapat mendengar degupan jantung ibu ketika menyusu. Ini akan
membentuk ikatan kasih sayang yang kuat serta dapat menjadikan bayi berasa selesa dan selamat.
Kesihatan tubuh badan anak ketika di peringkat umur bayi juga sangat penting kerana akan memberi
kesan di masa hadapan. Sebagai contoh, jika bayi terkena demam panas dan tidak mendapatkan
rawatan secepat mungkin kebarangkalian bayi menghidap kecacatan otak sangatlah tinggi. Dalam
konteks susu formula, bayi yang mengkonsum susu formula akan terdedah kepada penyakit cirit birit
ini kerana cambahan pelbagai jenis susu formula menjadikan usus bayi tidak dapat menyesuaikan
keadaan komposisi susu formula itu dan menyebabkan susu tidak dicerna dengan lengkap. Inovasi
yang dilakukan terhadap penghasilan susu formula juga mendedahkan bayi mengalami masalah
obesiti atau kegemukan.
Bagaimana pula dengan penggunaan susu formula selepas bayi berumur dua tahun? Terdapat fakta
fakta yang boleh diambil bagi menerangkan situasi ini. Kanak kanak yang berumur dua tahun yang
sudah putus susu ibu di sarankan juga tidak mengambil susu formula ini kerana boleh menyebabkan
selera makan kanak kanak ini berkurangan atas sebab sudah Kenyang meminum susu. Ibu bapa
haruslah bijak mencari makanan pengganti yang juga mengandungi kalsium bagi menggantikan
susus formula contohnya seperti kekacang, bijirin dan bijian. Selalu juga diperhatikan bahawa kanak
kanak yang meminum susu formula ini mengalami keadaan gigi mudah rosak atau rongak. Elakkan
membiarkan kanak kanak tidur dalam keadaan botol susu di dalam mulut kerana boleh terjadinya
(baby bottle mouth syndrome). Ingin disarankan disini selain membeli susu formula, para penjaga
mahupun ibu bapa boleh menggantikannya dengan membeli susu segar (lembu ataupun kambing )
yang jauh lebih ekonomik dan terbukti kandungan zatnya untuk bayi dan kanak kanak. Kajian yang
dilakukan oleh pakar menyatakan susu kambing segar hampir menyamai kandungan zatnya seperti
susu ibu. Para ibu bapa juga tidaklah menghabiskan wang yang banyak untuk membeli susu formula
sekaligus dapat menstabilkan ekonomi keluarga. Bayi atau kanak kanak yang dibiasakan minum susu
formula ini juga menjadi kurang independen dan menjadi ketagih untuk minum susu botol. Apabila
anak menjadi kurang daya berdikari semua perkara kecil haruslah disempurnakan oleh si ibu
menjadikan perhubungan antara anak dan ibu tidak erat.
Dalam apa jua situasi, perlulah diingatkan bahawa ibu bapa perlulah mempunyai tahap kesabaran
yang tinggi untuk melayan kerenah bayi.Janji Allah itu pasti, pahala yang banyak akan dikutip
terhadap ibu bapa yang istiqamah dalam menangani kerenah bayi justeru dapat melahirkan sebuah
institusi keluarga yang penuh dengan sifat kasih sayang. In sha allah.