Khasiat Susu Kambing
Salic Goat - 100% Susu Kambing Asli & OrganikKesihatan tubuh badan berkait rapat dengan kelangsungan hidup kita sehari harian. Bilamana kita
mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas, banyak perkara positif yang kita dapat lakukan
untuk menjamin hidup yang selesa dan aman. Dari sudut pekerjaan pula, kita akan lebih focus untuk
menyiapkan tugasan yang diberi dan bekerja dengan lebih bertenaga apabila tubuh badan kita sihat
optimum.Zaman kini sangat berbeza dengan zaman dahulu, sumber makanan ruji juga telah tidak
asli kerana dicampur atau disuntik dengan bermacam macam hormon lantas membuatkan kita
terdedah kepada penyakit penyakit merbahaya. Jika dulu hanya golongan golongan yang berumur
sekitar 40 tahun ke atas saja yang dijangkiti sakit jantung, diabetes dan darah tinggi namun akibat
rantai makanan yang kita perolehi yang tidak lagi asli/organik golongan golongan muda juga
seringkali dihidapi penyakit penyakit merbahaya lantaran kesan dari pengambilan makanan yang
disebut tadi. Untuk kita mencegah atau mengawal perkara terbabit terjadi, sedikit ikhtiar dapat kita
amalkan seperti meminum susu kambing yang kita tahu banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita.
Awal usia 30 an merupakan susur masa yang kritikal untuk kita sebagai manusia. Badan yang cergas
pada umur 20 an sudah mula menampakkan proses penuaan. Otot dan tulang tidak lagi kuat seperti
dulu dan cepat mengalami sengal sengal. Dengan meminum susu kambing, ianya dapat
memperkuatkan otot dan tulang ini kerana susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang sama
banyak dengan susu lembu. Susu kambing dapat menyalurkan kalsium yang stabil untuk tulang
sekaligus terhindar dari penyakit osteoporosis. Pada zaman yang serba canggih, masa menjadi faktor
penting bagi menyelesaikan tugas tugas seharian lalu bab pemakanan sering kali di ambil mudah
oleh individu. Kanak kanak seawal umur satu tahun di beri makan ‘makanan segera’ sementara yang
dewasa pula sering kali makan tidak ikut waktu akibat bebanan tanggungjawab. Tabiat seperti ini
akan membawa kepada masalah obersiti. Pastinya kita tidak mahu apa juga penyakit hinggap di
dalam tubuh badan kita dan dari segi kawalan berat badan khasiat susu kambing dapat mengawal
berat badan supaya tidak berlebihan. Ini kerana, jumlah kadar lemak yang kurang di dalam susu
kambing berfungsi mengurangkan berat badan kita.
Jantung adalah ibu di dalam sistem tubuh badan kita, ia merupakan organ berongga yang berfungsi
mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang ulang.
Kesihatan tubuh badan kita berkait rapat dengan jantung, sama ada ia berfungsi dengan baik atau
tidak. Aktiviti tidak sihat seperti menghisap rokok, meminum arak, mengambilan makanan
berkolestrol tinggi yang berlebihan akan memudaratkan keadaan jantung lalu mengakitbatkan
saluran jantung tersumbat. Pada ketika ini darah yang diperlukan dalam tubuh manusia tidak lagi
dapat di pam dengan sempurna lalu membawa kepada hadirnya penyakit strok, atherosclerosis dan
sakit jantung. Tentunya semua manusia tidak mahu perkara ini terjadi kerana amatlah berat mata
yang memandang bila terkena penyakit berkaitan dengan jantung. Kadungan asid lemak yang tinggi
di dalam susu kambing apabila kita meminumnya dapat mengawal kadar kolestrol di samping dapat
mencegah terjadi penyakit jantung. Potasium yang terkandung di dalam susu kambing juga dapat
melegakan saluran di dalam sistem peredaran darah yang bekerja di dalam tubuh badan kita. Bagi
kanak kanak yang sedang dalam proses tumbesaran, khasiat yang terkandung dalam susu kambing
iaitu protein membantu menggalakkan proses tumbesaran terjadi. Protein yang disebut adalah
merupakan satu komponen yang penting dalam pertumbuhan dan pembesaran badan kerana
fungsinya sebagai blok untuk sel, tisu, otot dan tulang.
Kandungan kalsium dan fosforus apabila digabungkan akan menjadi kalsiumphosphate. Khasiat
kalsiumphospahte ini adala pelbagai meliputi banyak perkara di dalam sitem tubuh badan manusia
contohnya seperti memperbaiki ketegangan dan memberi tidur yang selesa. Tidur yang selesa
adalah suatu kemestian yang mesti dikecapi oleh setiap manusia supaya kita dapat berehat untuk
menyimpan tenaga bagi menghadapi aktiviti hari esok. Selain itu kalsiumphosphate juga
membolehkan keadaan kolon menjadi lebih baik kerana ianya dapat menyingkirkan toksin di dalam
kolon dan mengurangkan punca terkena kanser kolon. Apabila toksin didalam sistem tubuh badan
telah disingkirkan , badan kita akan berasa lebih sihat dan bertenaga.
Di dalam susu kambing juga terdapat khasiat berbentuk vitamin. Vitamin yang terkandung di dalam
susu kambing setiap satunya mempunyai fungsi fungsi tersendiri bagi menjamin kesihatan tubuh
manusia. Seringkali kita mendegar seseorang individu itu mengalami gejala gejala seperti
kegelisahan, gangguan tidur, lemah badan dan hilang selera makan. Disini dapat di simpulan
bahawa induvidu kekurangan vitamin B1 ini kerana vitamin B1 yang terdapat dalam susu kambing
amat berkhasiat untuk otak dan boleh melegakan tekanan jiwa. Selain itu susu kambing mempunyai
kandungan vitamin riboflavin. Mungkin jarang di dengar kandungan vitamin tersebut tetapi ianya
berfungsi untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi dan tumbesaran. Vitamin jenis
riboflavin ini juga penting kepada ibu ibu mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh
menyebabkan fetus yang sedang membesar rosak tanpa disedari oleh ibu mengandung.
Vitamin A dan vitamin D juga terkandung di dalam susu kambing di mana banyak mempengaruhi
pada bahagian otak dan gigi. Vitamin A ini penting untuk kekuatan gigi, tulang , tisu lembut dan
saluran mucus di samping dapat memelihara kuit. Akibat dari kekurangan vitamin A dalam tubuh
badan manusia boleh menyebabkan kurangnya daya penglihatan pada waktu malam selain tidak
mempunyai daya tahan badan yang kuat menyebabkan mudah terkena penyakit berjangkit. Kanak
kanak banyak bergantung pada vitamin D untuk proses tumbesaran badan mereka contohnya
seperti menolong dan menyeimbangkan tumbesaran tulang dan gigi yang normal. Rickets ataupun
cacat tulang terutamanya pada pada tulang belakang, kaki dan juga tengkorak sering terjadi pada
kanak kanak yang kurang vitamin D. Bagi orang dewasa pula, kekurangan vitamin D akan
menyebaban terkena penyakit osteomalacia iaitu tulang menjadi lembut yang menyebabkan sakit
pada bahagian pinggang , kaki , dan leher.
Setelah meniliti daripada maklumat maklumat yang di baca dan dikumpul secara rumusannya
khasiat susu kambing memang mempunyai banyak manfaat di samping dapat menggalakkan gaya
hidup yang sihat, sejahtera dan aman. Rakyat perlu sedar dan mengambil kesempatan untuk
menjadikan meminum susu kambing satu amalan harian kerana hasil yang positif akan dapat dituai
dalam masa yang panjang. Satu komuniti masyarakat yang bebas penyakit juga hampir pasti
terbentuk dengan mengambil kira khasiat khasiat yang terkandung dalam susu kambing.Sesebuah
komuniti masyarakat yang bebas penyakit dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan inovasi
yang positif ini kerana masyarakat yang sihat lebih fokus untuk memajukan diri masing masing dari
apa jua bidang sekalipun.