Susu Kambing Organik
Salic Goat - 100% Susu Kambing Asli & OrganikNurhannah Sofea, anak kecil yang berusia dua tahun. Nurhannah Sofea masih menyusu badan
namun masalah yang dihadapi oleh kedua ibu bapanya adalah ibu Nurhannah Sofea adalah wanita
bekerjaya. Bekerjaya bererti masa yang diluangkan oleh ibunya utk proses penyusuan adalah sangat
terhad .Bukan tidak boleh mengepam susu di tempat kerja, tetapi masa ditempat kerja tersangat
suntuk dan kadang kala ibunya terlepas jadual mengepam susu. Lantas ibunya terpaksa
menggantikan keperluan susu ibu kepada susu formula namun mungkin khasiat yang diterima dari
susu formula tidak sama seperti susu badan membuat Nurhannah Sofea selalu sakit dan tidak sihat.
Ibu bapanya mula bingung. Timbul idea untuk menggunakan susu kambing organik sebagai ganti dan
pencarian maklumat pon bermula bagi meyakinkan pilihan mereka adalah tepat.
Sebelum menggunakan sesuatu produk apa yang paling penting pengguna perlu tahu adalah
kefahaman terhadap produk itu sendiri. Dalam konteks ibu bapa di atas kefahaman terhadap susu
kambing organik perlu mereka fahami sepenuhnya sebelum mengamalkannya.
Organik. Apa itu organik? Organik itu mempunyai maksudnya tersendiri iaitu “berasal dari tanah”
ataupon asli, tidak tercemar. Dalam konteks penghasilan susu kambing organik, proses penjagaan
dan pemberian makanan kepada kambing yang dilakukan secara organik yang membuatkan susu
kambing organik terhasil. Ingin dinyatakan bahawa proses itu pastilah rumit dan memerlukan
pemantauan yang rapi bagi menghasilkan susu kambing organik yang berkualiti tinggi. Terdapat
beberapa langkah dalam proses penghasilan susu organik yang akan dikongsikan supaya dapat
memberi gambaran lebih jelas kepada pengguna.
Proses paling penting dalam menghasilkan susu kambing organik adalah dari segi pemakanan
kambing itu sendiri. Rumput segar dan hijau yang tumbuh meliar di kawasan kandang kambing dicari
dan diberikan kepada kambing ternakan untuk sumber makanan. Proses ini memerlukan
pengorbanan masa dan tenaga yang tinggi bagi memastikan sumber makanan berasal dari sumber
organik. Di samping itu , kambing ternakan juga diberikan makanan sampingan secara berkala dan
pastinya berasal dari sumber yang organik. Lokasi dan suhu persekitaran juga perlu dititik beratkan
untuk menghasilkan susu kambing yang 100 peratus organik. Pakar mengatakan, untuk
mendapatkan hasil yang optimum, lokasi kandang perlulah berada di kaki bukit yang di kelilingi
pohon pohon yang menghijau serta suhu persekitaran yang rendah agar ternakan dapat dihindari
dari pencemaran udara sekaligus kualiti susu kambing organik yang dihasilkan nanti adalah sangat
bermutu. Kesihatan ternakan kambing organik juga perlu di pandang serius bagi menjamin kualiti
susu kambing organik. Kebiasaannya, akan ada sekumpulan pengamal kesihatan dalam bidang
haiwan yang akan melakukan pemeriksaan secara berkala terhadap ternakan kambing bagi
memastikan kesihatan kambing kambing ternakan berada pada tahap terbaik.Proses seterusnya
bagi menghasilkan susu kambing organik yang berkualiti, adalah proses perahan susu. Bagi
memastikan proses ini berapa pada tahap terbaik faktor kebersihan amatlah perlu dipantau dengan
rapi. Ini kerana dikhuatiri jika terdapat bakteria yang berjaya masuk ke dalam composisi susu, ia akan
membayakan pengguna yang mengamalkan minuman susu kambing organik. Langkah yang terakhir
adalah lebih kepada aktiviti penyimpanan di mana susu kambing organik yang telah selesai diperah
akan diletakkan di dalam plastik yang dapat menahan haba sehingga 60 darjah celcius seterusnya
dikemas dan semuanya akan disimpan dalam peti sejuk yang bersuhu 18 darjah celcius.
Pengguna juga mesti sering tertanya tanya , apakah perbezaan di antara susu kambing organik dan
susu kambing original. Realitinya komposisi susu itu sendir tidak banyak bezanya cara penghasilan
susu itu yang membuatkan susu itu menjadi organik atau tidak. Salah satu perbezaanya adalah
ternakan kambing yang menghasilkan susu organik tidak diberikan suntikan hormon pertumbuhan
atau antibiotic untuk meningkatkan pengeluaran susu tetapi hanya diperiksa secara berkala untuk
memastikan ternakan kambing berada dalam kesihatan yang optiumum. Selain itu ternakan hanya
diberi makan biji bijian organik yang bebas dari racun.
Bagi memastikan susu kambing yang dipilih adalah bermutu tinggi, pengguna perlu tahu tip memilih
susu kambing organik dan salah satu cara ialah dengan melakukan pemerhatian terhadap fizikal susu
kambing organik itu sendiri. Susu kambing organik yang telah disejukkan pada suhu 18 darjah celcius
hendaklah berwarna kuning gading dan apabila di pindahkan ke dalam suhu bilik ianya akan mudah
cair. Selain itu krim susu kambing organik tersebut haruslah tidak pecah apabila digabungkan dengan
air dan mudah dibentuk setelah dikeluarkan dari peti sejuk. Faktor bau juga mempengaruhi standad
susu kambing organik di mana susu yang baik akan berbau manis dan bau hamis kambing tidak
terlalu menyengat.
Apalah gunanya kita melakukan sesuatu rutin jika tidak mendapat manfaat atau kebaikannya. Dalam
konteks susu kambing organik terdapat kajian yang menyatakan manfaat yang disalurkan
bergantung pada waktu kita mengamalkan minum susu organik. Waktu yang pertama adalah ketika
kita meminum susu sebelum waktu tidur.Umumnya kita mengetahui apabila kita lena tidur sel sel di
dalam tubuh kita tetap bekerja untuk merawat sel tubuh yang telah rosak dan sel sel ini memerlukan
nutrisi yang cukup sempurna seperti protein,vitamin dan mineral bagi membolehkan sel sel yang
telah rosak tadi dibaiki semula. Kandungan nutrisi yang ada di dalam susu kambing organik dapat
mempercepatkan proses ini berlaku sekaligus kesihatan tubuh badan pengguna menjadi lebih baik
berasa lebih segar. Waktu yang kedua pula adalah perlu mengamalkan minum susu kambing organik
pada waktu pagi ketika bersarapan. Kita sedia maklum, tubuh kita memerlukan tenaga yang banyak
untuk menyelesaikan aktiviti kita sehari harian . Apabila tenaga yang diperlukan tidak mencukupi sel
sel di dalam tubuh kita akan bekerja diluar kemampuan dan secara tidak langsung memudaratkan
sistem sel di dalam tubuh. Susu kambing organik di sini memainkan peranan untuk bertindak sebagai
pemangkin tenaga agar pengguna merasa lebih bersemangat bila menjalankan sesuatu aktiviti dan
tidak cepat penat. Seperti yang kita telah ketahui untuk mendapatkan kesan yang optimum dari
rutin meminum susu kambing organik ini pengguna haruslah mengamalkan minum dua kali sehari
iaitu di waktu pagi semasa bersarapan dan sebelum tidur.
Secara dasanya, setelah melakukan carian maklumat dan pelbagai sumber bacaan ingin disimpulkan
disini bahawa rutin mengamalkan minum susu kambing organik berbanding susu formula untuk
diberikan kepada bayi adalah satu pilihan yang tepat di mana ianya bukan saja dapat memberi
manfaat kepada bayi bahkan kepada penjaganya juga. Walau apa juapun usaha yang kita lakukan,
perlulah diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah datang dari yang maha esa dan dari dia
jugalah penyelesaiannya akan hadir.Bersamalah samalah kita berikthiar supaya kita dapat menjalani
hidup yang sihat sejahtera dan aman harmoni.