Susu Kambing Original

Salic Goat - 100% Susu Kambing Asli & Organik

Susu kambing asli. Salah satu sumber protein asli yang dapat menggantikan susu ibu sebagai salah

satu suplemen untuk tumbesaran bayi juga sebagai suplemen untuk kanak kanak yang masih dalam

proses tumbesaran. Khasiat susu kambing asli ini tidak dapat di dangkal lagi lantaran munculnya

produk produk yang berasaskan susu kambing asli. Namun pernahkah para penjaga atau ibu bapa

terfikir dari manakah asal usul nya kambing perahan yang menghasilkan susu kambing asli tersebut.

Umum mengetahui terdapat beberapa jenis kambing perahan yang boleh kita gali atau kupas asal

usul nya sekaligus dapat menghargai anugerah yang diberikan oleh yang maha esa.

Salah satu jenis kambing perahan yang semakin berkembang pengusahaannya adalah kambing

etawa atau jamnapari. Sejarah mengatakan kambing jenis jamnapari atau etawah ini adalah berasal

dari negara india dan tersebar luas penggunaannya di sekitar asia tenggara. Jenis kambing etawah

atau jamnapari ini sering menjadi pilihan penternak adalah kerana jumlah kuantiti susu asli yang

dapat dihasilkan. Kajian mengatakan purata seekor kambing jantan etawah atau jamnapari

menghasilkan susu asli adalah 235kg dalam masa 261 hari. Disamping penggunaan meluas dalam

perahan jenis kambing etawah atau jamnapari juga dapat ditukarkan untuk menjadi kambing potong

sekaligus ianya menjadi pilihan utama penternak kambing.

Selain kambing jamnapari atau etawa, kambing jenis anglo Nubian juga semakin popular

penggunaannya untuk industri perahan. Ini kerana produktiviti kambing jenis anglo Nubian ini pada

waktu puncaknya adalah boleh mencapai 2-4 kg sehari. Asal usul kambing jenis anglo Nubian ini

sejarawan ada menyatakan ianya adalah kambing kacukan di antara kambing jampanari dan

kambing jenis tempatan negara inggeris. Terjadi pada zaman penjajahan di nama armada inggeris

yang membawa pulang kambing jenis jamnapari dari india pulang ke negara asal mereka lalu

melakukan poses kacukan.

Kambing jenis saanen juga sering menjadi pilihan untuk industri perahan. Asalnya, kambing jenis

saanen ini dari lembah saanen di Switzerland yang menjadikan penggunaannya amatlah meluas di

bahagian barat. Berat maksimum untuk kambing jenis saanen dewasa adalah melebihi 65kg dapat

menghasilkan jumlah susu yang banyak.

Pepatah inggeris ada menyatakan, ‘Sejarah adalah suatu perjanjian di antara orang yang sudah

meninggal, mereka yang masih hidup, dan mereka yang belum dilahirkan’. Jadi tidak salah rasanya

kita mengkaji serba sedikit tentang sejarah susu kambing original. Menerusi jurnal jurnal dan catatan

masa lalu telah menyatakan bahawa amalan meminum susu kambing original telah berlaku pada

zaman sebelum masihi lagi contohnya pada zaman Nabi Muhammad SAW di mana berlakunya

peristiwa Isra Mi’raj jibril telah menyediakan tiga minuman untuk Rasulullah SAW iaitu madu, arak

dan susu kambing namun baginda telah memilih susu kambing dengan alasan bahawa susu kambing

adalah minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu. Pada zaman Nabi Ibrahim pula baginda

merupakan penternak kambing yang mashur sehingga mempunyai 12,000 ekor Anjing yang

menjaga kambing-kambingnya justeru membawa kepada sejarah peristiwa Qurban/sedekah yang

terbesar dalam sejarah islam .Susu kambing juga telah aplikasikan sebagai agen pembersihan dan

kecantikan di mana ratu Cleopatra pada zaman mesir dan puteri maharaja cina pada zaman dinasti

china telah mengamalkan berendam dalam susu kambing bagi mengekalkan kecantikan dan

kesihatan kulit tunuh mereka. Masyarakat india pada zaman dahulu juga mengamalkan meminum

susu kambing bagi meningkatkan daya ketahanan badan dan daya ingatan malah tokoh terkemuka

india Mahatma Ghandi juga meminum dua gelas susu kambing sehari untuk menjaga kesihatan

tubuh.

Muthakir ini secara umumnya kita mengetahui bahawa mengamalkan minum susu kambing dapat

memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh badan kita seperti dapat mengawal tekanan

darah dan menurunkan kadar kolestrol darah sekaligus mengurangkan risiko terkena penyakit

jantung dan strok. Untuk memaksimukan manfaat yang terdapatkan dalam amalan meminum susu

kambing pengamal juga perlu tahu waktu terbaik untuk meminum susu kambing. Ini juga boleh

diaplikasikan untuk meminum susu lain juga. Terhadap beberapa waktu terbaik untuk menjalankan

aktiviti meminum susu kambing salah satunya adalah pada waktu awal pagi. Ini kerana ianya dapat

menambahkan tenaga, meningkatkan kecekapan dan kepantasan untuk kita mengharungi kerja

hakiki seharian lantas dapat meningkatkan aura positif di dalam diri. Selepas penat seharian bekerja

mestilah pada waktu malamnya kita ingin mendapatkan rehat yang sempurna ketika tidur.

Meminum susu kambing sebelum tidur dapat memastikan minda kita berehat sekaligus mendapat

tidur yang lena ini kerana di dalam susu kambing terdapat zat yang dipanggil triptofan iaitu zat yang

mampu berubah menjadi hormon melatonin yang mampu mengubah tidur menjadi nyenyak. Berat

badan individu menjadi faktor penting terhadap kesihatan tubuh badan. Jika berat individu itu sudah

dalam kategori obersiti sudah menjadi kewajipan bagi individu tersebut mengamalkan diet yang

sihat bagi mengelakkan terdedah kepada penyakit merbahaya contohnya kencing manis dan darah

tinggi. Meminum susu kambing dua jam sebelum makan adalah salah satu cara diet yang sihat

untuk mengawal berat badan kerana kandungan gizi, protein dan kalsium dapat membuatkan

seseorang invididu mudah Kenyang lalu mengurangkan kuantiti jumlah makanan yang akan diambil.

Dalam sesuatu usaha , maklumat dan nasihat sahaja tidak cukup tanpa ada perlaksanaan mahupun

kempen. Dalam memastikan pelbagai golongan seperti bayi, kanak kanak dan dewasa mengamalkan

cara hidup sihat meminum susu kambing original pelbagai kempen dan usahasama telah ditawarkan

oleh pihak pihak berwajib kepada golongan golongan yang berminat untuk mempromosikan produk

pelbagai guna ini contohnya kerajaan Malaysia di bawah kelolaan Kementerian Pertanian & Industri

Asas Tani telah memperkenalkan satu dasar iaitu Dasar Pertaniann Negara ( DPN 3 ) yang

menekankan pengeluaran bahan makanan dari sumber tempatan termasuklah pengeluaran

komoditi daging dan susu kambing original.Hasil dari pengamatan dan penilitian menunjukkan

bidang pengeluaran kambing boleh diberikan penekanan semula kerana mempunyai potensi yang

besar sekaligus dapat meningkatkan ekonomi rakyat yang berada di luar bandar. Ini menunjukkan

pihak kerajaan juga serius untuk meningkatkan mutu kehidupan dan kesihatan rakyat serta dapat

menghasilkan indivudu yang lebih produktif dan cemerlang dalam pelbagai bidang. Selain itu banyak

syarikat syarikat korporat juga telah melaburkan dana bagi menghasilkan dan memasarkan produk

berasaskan susu kambing original bagi memastikan rakyat dapat merasa sendiri khasiat susu

kambing dapat pelbagai versi.

Kesimpulannya, peranan susu kambing original yang pelbagai guna amatlah berkait rapat dalam

kehidupan kita sehari harian. Ianya tidak tertumpu terhadap satu golongan sahaja malah meliputi

semua golongan dari sekecil kecil bayi hinggalah sematang matang usia. Khasiat susu kambing yang

kita amalkan dapat membantu melahirkan generasi generasi yang cerdik akalnya serta cerdas

mindanya lantas dengan itu kehidupan yang harmoni hampis pasti tercapai.