Susu Kambing Untuk Bayi
Salic Goat - 100% Susu Kambing Asli & OrganikSusu kambing merupakan satu komoditi keperluan harian yang kebelakangan ini permintaannya
meningkat di seluruh negara. Perlu diingatkan susu kambing mudah rosak dan tidak sesuai dibeli
dalam kuantiti yang banyak. Justeru itu satu pemasaran sistematik dan pengagihan yang lancar perlu
diwujudkan bagi memastikan permintaan susu kambing sentiasa meningkat. Bancian yang dilakukan
menunjukkan ladang kerajaan dan penternak tempatan berjaya menghasilkan kira kira 25 juta liter
susu setahun, namun 95% permintaan susu adalah melalui import. Perkara ini agak
membimbangkan kerana jumlah import negara akan meningkat. Susu kambing mempunyai banyak
kelebihan khususnya kepada bayi dan kanak kanak bawah lima tahun. Namun terdapat juga
kekurangan susu kambing terhadap individu. Artikel ini akan membincangkan kelebihan dan
kekurangan susu kambing untuk bayi supaya ibu bapa di luar sana mendapat gambaran yang lebih
jelas tentang penggunaan susu kambing.
Seperti yang kita sedia maklum, sistem imunisasi seorang kanak kanak pada peringkat bayi masih lagi
belum cukup ketahanannya. Justeru selalu kita dengar kanak kanak pada peringkat bayi seringkali
mudah terkena penyakit berjangkit. Dalam konteks pemakanan pula ibu bapa perlulah peka dalam
memberi makanan tambahan kepada bayi sebagai alternatif kepada susu ibu. Ini kerana sistem
penghadaman tubuh bayi masih lagi belum cukup kuat dan sempurna. Susu kambing merupakan
salah satu sumber makanan tambahan yang sesuai untuk bayi. Susu kambing mempunyai kandungan
protein yang sekaligus memberikan kelancaran pada sistem pengahadaman bayi untuk memproses.
Tambahan pula susu kambing mempunyai satu sifat yang mudah dicerna. Ini sekaligus memberi
faedah yang banyak pada bayi. Selain itu, susu kambing juga tergolong di dalam susu yang rendah
kandungan lemak sekaligus membuatkan susu kambing itu lebih mudah dicerna enzim di dalam
tubuh. Kandungan mineral lain yang terdapat dalam susu kambing adalah kalsium vitamin B6,
vitamin A, potassium, niasin dan antioksidan yang tinggi.
Tahukah anda bahawa proses penghasilan susu kambing adalah sama seperti proses penghasilan
susu ibu. Proses ini dipanggil ‘Apocrine secretion’ di mana titisan susu dikeluarkan bersama sama
dengan cebisan sel kedalam susu yang menyebabkan titisan susu mempunyai komponen sel yang
tinggi termasuk komponen bioaktives seperti nucleotides.Komponen bioaktives ini berfungsi untuk
pertumbuhan bayi yang optimum, kesihatan usus dan juga perkembangan otak.Kandungan amino
acid di dalam susu kambing pula jumlahnya seakan akan sama seperti di dalam susu ibu bahkan jenis
amino asid itu adalah ang disyorkan oleh ‘International Expert Group’. Dari sudut fats pula di dalam
susu kambing terkandung medium chain fatty acids (MCFA) yang tinggi samam seperti susu ibu.
Tugas MCFA adalah mengelakkan pertumbuhan bakteria dan virus di dalam usus. Kecerdasan dan
perkembangan otak bayi juga boleh dikaitkan dengan penggunaan susu kambing. Tidak boleh di
sangkal lagi bahawa otak merupakan organ yang paling penting di dalam tubuh badan manusia di
mana ianya mengatur seluruh bahagian dalam tubuh seperti gerakan motorik, kawalan suhu badan ,
kawalan tekanan darah dan berbagai kegiatan lain. Untuk mencapai perkembangan otak yang
optimum, faktor yang paling penting ialah jumlah nutrisi yang perlu disalurkan kepada bahagian
otak.Dalam perbincangan ini, susu kambing mempunyai jumlah nutrisi yang banyak bagi
merangsang perkembangan otak. Antara nutrisi yang dipercayai dapat meningkatkan kecerdasan
otak adalah riboflavin, vitamin B2 dan B3. Zat yang disebut ini penting untuk perkembangan sel otak
dan sel sistem saraf yang baik.
Disebalik kelebihan yang ada pada susu kambing terhadap bayi terdapat juga kekurangannya. Sudah
menjadi lumrah bagi sesuatu perkara itu memang tidak akan seratur peratus sempurna. Pasti ada
sedikit cacat celanya. Dalam hal susu kambing ini, pakar menyatakan susu kambing mempunyai
kurang zat besi, folate, vitamin C, B, D dan pelbagai zat zat nutrisi. Susu kambing juga mengandungi
sodium yang tinggi serta klorida dan kalium yang membuatkan buah pinggang bayi bekerja lebih
kuat. Kandungan garam atau sodium yang tinggi di dalam susu kambing menjadikan ia tidak sesuai
untuk bayi keranan penyingkiran garam di dalam tubuh bergantung kepada kematangan ginjal untuk
menyingkirkan garam ke dalam air kencing. Usia bayi yang masih muda akan membataskan proses
ini kerana ginjal bayi masih belum matang dan kemungkinan boleh mendatangkan kemudaratan
pada sistem otak da saraf bayi. Kandungan folate yang rendah di dalam susu kambing juga
menjadikan salah satu kekurangan untuk penggunaan terhadap bayi. Secara normalnya, folate
berperanan untuk pembentukan sel sel darah merah dan atas kekurangan ini boleh menjadikan sel
sel darah merah bayi tidak terbahagi secara sempurna dan menjadi besar.Apabila sel sel darah ini
menjadi besar, keadaan fizikal yang besar itu menjadikan proses mengangkut oksigen ke dalam
seluruh badan bayi menjadi tidak efektif dan kecenderungan sel dimusnahkan oleh limpa
kebarangkalinya amatlah tinggi. Apabila banyak sel sel darah merah telah dimusnahkan, bayi akan
terhidap penyakit anemia (kurang sel darah merah). Penyakit ini jika tidak dibendung dari awal
boleh mengakibatkan perkembangan otak dan fizikal bayi menjadi terbantut.
Terdapat kajian yang menyatakan susu kambing tidak sesuai diberikan kepada bayi yang berumur
bawah dua tahun. Ini kerana kebarangkalian bayi alergi pad susu kambing sangat tinggi. Pakar juga
berpendapat, kambing cenderung untuk terkena penyakit brucellosis yang boleh dipindahkan
kepada bayi melalui pengambilan susu kambing.Antara kesan penyakit brucellosis ini adalah
kegagalan pelbagai organ dalaman seperti hati,mata, otak, paru paru dan lain lain. Apabila bayi
terkena penyakit ini terdapat tanda tanda fizikal yang akan timbul seperti demam panas, peluh
berlebihan dan lenguh seluruh badan. Ini menambahkan lagi risiko ianya melarat kerana bayi tidak
pandai mengeksperikan kesakitan yang mereka alami.
Namun terdapat juga kaedah yang boleh digunakan jika para ibu bapa masih hendak memberikan
susu kambing kepada bayi iaitu pastikan susu kambing yang dibeli itu telah diproses dengan bersih
dan diluluska oleh kementerian kesihatan. Selain atas kekurangan zat seperti folate dan zat besi yang
terkandung di dalam susu kambing, penjaga atau ibu bapa perlulah memastikan bayi dibekalkan
dengan supplemen yang mengandungi folate dan zat besi untuk mengelakkan bayi terkena anemia
yang mengakibatkan tumbesaran bayi terbantut.
Atas penelitian artikel yang dikupas para penjaga atau ibu bapa haruslah menerima dengan hati yang
terbuka atas kekurangan dan kelebihan susu kambing. Tepuk dada tanyalah selera jika susu kambing
ini patut diberikan kepada bayi sebagai pengganti susu ibu. Ataupun mungkin juga boleh mengselang
selikan memberi susu ibu dan susu kambing kepada bayi untuk mendapatkan keseimbangan. Setiap
perkara yang dicipta oleh yang maha esa itu pasti ada baik atau buruknya. Terpulang pada individu
untuk menilai apa yang terbaik bole dilakukan. Anak adalah permata hati setiap ibu bapa. Berikan
lah yang terbaik untuk mereka kerana itu amanah yang telah diberikan oleh ALLAH SWT.