Susu Kambing untuk Ibu Mengandung
Salic Goat - 100% Susu Kambing Asli & OrganikProses kehamilan adalah satu kejadian paling penting yang akan sentiasa di ingat oleh wanita
berkahwin. Proses yang tidak dapat di alami oleh semua individu. Ianya juga adalah satu kenangan
indah yang tidak akan dilupakan oleh si ibu. Dari awal proses kehamilan hinggalah ketika mahu
melahirkan banyak perkara dan pengalaman yang akan di alami oleh ibu mengandung. Bermula dari
kesakitan pinggang yang dialami akibat mengandung, kandungan yang aktif pada waktu malam ,
sehinggalah kaki yang membengkak dan mengembang atas berat kandungan di dalam badan. Ingin
di bentangkan di sini sedikit pengetahuan tentang proses persenyawaan di awal kehamilan yang
mungkin ada pihak yang kurang tahu tentang keindahan kejadian tersebut. Secara ringkasnya proses
awal kehamilan terbahagi kepada tiga iaitu ovulasi, fertilasi dan implantasi. Proses ovulasi bermula
apabila sel telur dari folikel tersebar keluar menujuj ke arah tiub falopio. Jutaan sel sperma akan
bersaing menuju je tiub falio dan hanya satu yang akan bersenyawa dengan sel telur. Pada peringkat
fertilasi pula adalah proses di mana sperma yang telah bersenyawa dengan sel telur tadi
menghasilkan gen bayi. Jika sperma yang bersenyawa mempunyai kromosom Y gen bayi adalah
lelaki dan jika kromosom X maka terjadilah anak perempuan. Tahap yang terakhir dalam proses awal
kehamilan ialah implantasi di mana proses ini dari sel yang telah bersenyawa tadi bertukar kepada
zigot. Zigot yang mengalami pembelahan bertukar kepada embiro dan embrio akan melekat pada
dindiing Rahim. Disinilah bermulanya tahap perkembangan janin sehingga tempoh 40 minggu. Di
awal kehamilan faktor utama yang perlu di jaga rapi oleh si ibu ialah memilih pemakanan yang baik
untuk memastikan janin yang membesar mendapat zat dan nutrisi yang cukup. Susu kambing
merupakan suplemen yang bagus bagi ibu mengandung. Akan diterangkan dalam kupasan
seterusnya mengenai kelebihan susu kambing untuk ibu mengandung.
Umum mengetahui, susu kambing adalah susu yang terbaik selepas susu ibu. Ramai pakar pakar
telah mengkaji bahawa susu kambing ini banyak manfaat dan kebaikan jika diamalkan secara
berterusan dan tepat pada masa yang sesuai. Kelebihan susu kambing untuk ibu mengandung
adalah, dapat meningkatkan kecerdasan otak bayi ketika usia janin lagi. Jika rutin mengamalkan susu
kambing ini dijaga dengan betul ianya juga dapat meningkatkan kesihatan ibu dan bayi yang
dikandung. Pertumbuhan janin yang sihat pula adalah sesuatu yang penting untuk di perhatikan dan
di jaga bagi memastikan keselamatan ibu serta bayi yang dikandung. Di sini protein, enzim dan
kandungan vitamin yang terkandung di dalam susu kambing berperanan untuk memastikan
pertumbuhan janin berada dalam keadaan normal dan sihat. Diet ibu yang mengandung juga amat
perting kerana perlu memastikan bayi di dalam kandungan mendapat tenaga dan nutrisi yang sama
oleh ibu mengandung. Dengan mengamalkan diet meminum susu kambing kadar nutrisi dan tenaga
yang terbahagi adalah seimbang. Selepas melahirkan pula, waktu yang paling mencabar adalah
ketika proses penyusuan bayi. Kadangkala jumlah susu ibu yang keluar merosot membuatkan bayi
tidak mendapat zat yang secukupnya namun perkara itu dapat diatasi dengan meminum susu
kambing. Susu kambing dipercayai dapat meningkatkan produksi susu ibu dan perkara ini
menguntungkan kedua dua ibu dan bayi yang dikandung. Pada ketika proses kehamilan, sering kita
mendengar keluhan dari ibu mengandung yang mengatakan pinggang sering sakit akibat membawa
berat kandungan. Dengan mengamalkan meminum susu kambing di yakini dapat menguatkan tulang
lantas dapat mengurangkan keradangan pinggang yang di alami. Ini boleh terjadi kerana di dalam
susu kambing terdapat jumlah kalsium yang tinggi untuk disalurkan ke dalam sistem tubuh ibu yang
mengandung.
Dalam kita membincangkan kelebihan dan manfaat susu kamning terhadap ibu mengandung perlu
ditekankan disini terdapat juga efek yang akan timbul hasil dari proses meminum susu kambing ini.
Salah satu efek yang akan di hadapi ialah ibu mengandung akan terkena alergi. Kandungan protein
yang tinggi di dalam susu kambing boleh menyebabkan seseorang itu terkena alergi. Jika seseorang
ibu mengandung itu mempunyai alergi terhadap susu, di nasihatkan supaya jangan mengamalkan
minum susu kerana munkin perkara ini akan memudaratkan ibu serta kandungannya. Bertukarlah
kepada makanan yang mempunyai khasiat sama seperti susu contohnya sayuran dan
kekacang.Pengambilan susu kambing yang berlebihan juga boleh membuatkan sakit kepala dan
pening. Perkara ini terjadi kerana proses detoks yang berjalan memerlukan banyak oksigen sekaligus
akan membuatkan ibu mengandung menjadi pening. Bagi kaum ibu yang mempuyai tekanan darah
rendah juga pening dan sakit kepala akan terjadi jika mengamalkan minum susu kambing. Salah satu
gejala ibu mengandung yang sering kita dengar pada trimester pertama adalah ‘morning sickness’
ataupun mual loya. Perkara ini di katakana terjadi kerana perubahan hormon di dalam sistem tubuh
ibu mengandung pada trimester pertama. Mengamalkan minum susu kambing akan memudaratkan
lagi keadaan ‘morning sickness’ itu. Jadi ibu mangandung haruslah berhati hati jika mengamalkan
minum susu kambing itu menambahkan lagi keparahan ‘morning sickness’ itu perlulah mencari
alternatif lain untuk mengurangkan ‘morning sickness’ yang dihadapi. Pada ibu ibu mengandung
yang mempunyai masalah susah untuk tidur pula, dinasihatkan supaya jangan meminum susu
sebelum watu tidur kerana dikhuatiri juga akan menambahkan lagi rasa ketidakselesaan untuk tidur
kerana sifat susu kambing yang menyebabkan semangat anda meningkat. Sebelum mengamalkan
minum susu kambing , ibu mengandung hendaklah memastikan susu kambing yang dibeli diproses
dengan bersih dan dipasteur. Ini bagi mengelakkan janin di dalam kandungan terkena serangan
bakteria dan juga mungkin akan membahayakan nyawa janin tersebut.
Apa jua perkara yang dilakukan ketika susur masa mengandung, si ibu haruslah sentiasa berfikiran
positif dan sentiasa memupuk perasaan bahagia. Pastikan wajah sentiasa ceria dan senyum serta
elakkan perasaan stress, tertekan, sunyi dan tidak gembira. Perasaan negative seperti ini boleh
mengakibatkan genetik anak yang dikandung terganggu. Dalam hal ini, suami haruslah memberi
semangat dan sokongan moral kepada isteri untuk menghadapi proses ketika mengandung.Jadilah
suami yang romantik dan penyayang.Pakar mengatakan perhubungan antara ibu dan bayi di dalam
kandungan adalah sangat luar biasa kerana mereka dapat berkomunikasi dan menjalinkan kasih
sayang antara mereka. Apa jua emosi yang sedang dialami oleh ibu akan dialami oleh bayinya juga.
Ini terjadi kerana emosi ibu tadi dibawa ke plasenta bayi melalui molekul dan kejadian ini akan
mempengaruhi perkembangan otak bayi dan emosi bayi itu sendiri.Oleh itu ibu yang mengandung
perlulah selalu melakukan respons melalui sentuhan dan suara supaya dapat merapatkan lagi
hubungan di antara ibu dan anak apabila bayi itu lahir kelak. Keluarga yang bahagia adalah keluarga
yang sempurna.