Susu Kambing vs Susu Lembu untuk Bayi
Salic Goat - 100% Susu Kambing Asli & OrganikProses membesarkan anak khususnya bayi yang berumurkan 0-3 tahun adalah proses yang sangat
mencabar. Ibu bapa haruslah belajar menerapkan nilai kesabaran yang tinggi dalam membesarkan
anak di lingkungan usia ini. Pada ketika ini, sel sel otak anak anak ini sedang berhubung dan banyak
perkara perkara kejutan yang akan mereka lalukan. Ibu bapa pula janganlah terlalu kerap melarang
apa yang anak anak ini cuba lakukan selagi ianya tidak membahayakan kesihatan dan nyawa mereka
kerana di ketika ini, kanak kanak yang berumur 0-3 tahun sedang meneroka dan mencuba apa saja
kemampuan mereka. Salah satu faktor yang menjadikan proses tumbesaran ini berada di landasan
terbaik adalah dengan mendapat sumber mineral dan khasiat yang terbaik. Tidak di nafikan susu ibu
adalah susu yang terbaik bagi proses tumbesaran bayi kerana khasiat di dalam susu ibu sendiri cukup
lengkap. Untuk ibu ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa pastilah urusan di dalam
membesarkan cahaya mata diberi tumpuan yang sepenuhnya dan proses penyusuan kepada bayi
agak mudah namun bagi ibu ibu yang bekerjaya masa itu adalah terhad. Banyak perkara yang perlu
difikirkan oleh ibu bekerjaya apa lagi perihal kerja dan menguruskan rumah tangga. Banyak produk
produk yang dicipta berasaskan susu lembu , susu kambing mahupun susu soya bagi menggantikan
susu ibu. Secara jujurnya, pemerhatian yang dilakukan kepada budaya membeli di Malaysia,
kebanyakan para penjaga dan ibu bapa lebih terarah kepada membeli produk berasakan susu lembu
bagi menggantikan susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Seperti yang sedia maklum terdapat
kelebihan dan kekurangan di dalam menentukan susu mana yang lebih baik untuk bayi samaada
susu kambing atau lembu.
Untuk bayi yang berumur kurang dari 1 tahun, kajian yang dilakukan menyatakan bahawa susu
lembu yang diperkaya zat bezi adalah paling sesuai berbanding susu kambing kerana susu lembu
jenis ini jelas sekali boleh mengelakkan masalah kekurangan zat besi yang membawa kepada
masalah kognitif, dan perkembangan bayi. Kekurangan zat besi juga boleh mendatangkan penyakit
kurang darah merah. Justeru bayi bayi yang berumur 0 hingga 12 bulan pemilihan susu lebu yang
diperkaya zat besi adalah sangat sesuai. Bagaimana pula dengan susu kambing ? Menurut nasihat
susu kambing tidak sesuai diberikan kepada bayi berumur 0 hingga 12 bulan kerana nutrisi di dalam
susu kambing yang tidak sesuai dengan keperluan bayi. Susu kambing kurang jumlah zat besi , folate,
vitamin C/B/D dan pelbagai zat nutrisi lain.Terdapat juga kenyataan daripada pakar yang
menyatakan susu kambing dikhuatiri akan membebankan buah pinggang bayi kerana kandungan
nutrisi yang tidak sesuai serti keadaan composisi susu kambing yang berasid meletakkan bayi di
dalam keadaan bahaya.
Seperti yang disyorkan oleh pakar kanak kanak, bayi berumur 0 hingga 6 bulan wajib diberikan susu
ibu bagi menggalakkan pertumbuhan antobodi dan mempercepatkan perkembangan otak. Selepas
bayi berumur 6 bulan penggunaan susu formula boleh diakukan namun terdapat fakta yang
mengatakan hanya susu formula yang terpilih dari sumber tertentu saja boleh di berikan kepada bayi
atas faktor kesihatan. Contohnya jika memberikan susu kambing ianya tidak sesuai kerana susu
kambing mengandungi kandungan sodium atau garam yang tinggi berbanding susu lembu. Perihal ini
menjadi debatan kerana jika kandungan garam terlalu tinggi di dalam tubuh badan bayi ini akan
memaksa ginjal bekerja dengan lebih kuat. Untuk pengetahuan, ginjak pada tubuh badan kanak
kanak hanya mengalami kematangan selepas bayi berumur 2 tahun. Perkara menjadi perhatian
kerana mungkin boleh menyebabkan merbahaya kepada otak dan sistem saraf bayi. Faktor lain pula
menyatakan yang susu kambing terdiri daripada kandungan folate yang rendah. Folate di dalam
tubuh badan manusia diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sempurna dan atas
kekurangan itu mungkin boleh menyebabkan sel darah merah tidak terbahagi dengan sempurna dan
menjadi besar. Saiz sel darah merah yang besar tidal menggalakkan pengangkutan oksigen dengan
sempurna akibatnya banyak sel darah merah akan dimusnahkan oleh organ limpa. Kurangnya sel
darah merah boleh menyebabkan bayi menghidap penyakit anemia sekaligus membantutkan
perkembangan fizikal dan otak. Namun terdapat juga jalan penyelesaian jika masih mahu
menamalkan minum susu kambing berbanding susu lembu iaitu bayi perlu diberi supplemen folate
yang berasingan. Pada kesan allergik pula, boleh dinyatakan di sini kesan tidak semesti bayi yang
allergik pada susu lembu tidak akan allergik pada susu kambing. Boleh terjadi juga seseorang bayi itu
allergik kepada kedua dua jenis susu kambing dan susu lembu bergantung kepada keadaan tubuh
badan bayi tersebut. Dari sudut kesihatan pula ternakan kambing mudah terkena jangkitan
brucellosis yang boleh dipindahkan kepada bayi jika bayi meminum susu kambing. Brucellosis akan
mengakibatkan jangkitan dan kegagalan pelbagai organ dalaman ternasuk otak, mata , hati dan
sebagainya. Oleh kerana itu , jika masih ingin memberi bayi minum susu kambing pastikan susu
sebut diproses dengan bersih dan dididihkan dahulu bagi mengelakkan kuman atau bakteria
tersebar. Bagi bayi yang baru lahir jaundis adalah perkara yang sering mengantui para penjaga dan
ibu bapa. Jaundis secara umunya bukanlah penyakit tetapi ianya berlaku akibat sel darah merah
yang pecah. Lebih banyak sel darah merah yang pecah bermakna lebih tinggi jaundis pada bayi
tersebut. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman susu kambing juga boleh menjadi penawar
untuk jaundis dengan menitiskan susu kambing ke dalam mulut bayii yang mengalami jaundis
namun perkara ini bergantung kepada tahap jaundis yang dihidapi bayi juga. Jika terlampau serius
perlulah rujuk kepada pakar.
Walau apa jenis susu sekalipun yang diberikan kepada bayi sebagai ganti untuk susu ibu, sama ada
susu lembu atau susu kambing perlulah di ambil kira qualiti susu tersebut juga. Banyak produk
produk susu formula yang di keluarkan berasas susu lembu atau susu kambing mempunyai qualiti
dan standard yang berbeza beza. Rujuklah kepada pakar untuk memilih susu formula yang paling
sesuai untuk si kecil sama ada berasas susu lembu atau kambing. Pilihan di tangan anda. Apa yang
penting adalah keputusan positif yang akan dituai. Sejarah kesihatan kedua dua ibu bapa juga perlu
di ambil perhatian sebelum memilih susu mana yang sesuai untuk bayi. Contohnya jika salah seorang
dari penjaga atau ibu bapa mempunyai alergi terhadap susu kambing, kemungkinan besar juga bayi
anda akan mengalami alergi kepada susu kambing dan begitulah juga yang sebaliknya. Jadi ibu bapa
perlulah memerhatikan keadaan bayi selepas mengambil susu yang diberikan seperti perilaku anak,
masalah sembelit dan lain lain. Akhir sekali, untuk peringatan penjaga dan ibu bapa semua carilah
susu yang paling mirip kandungan zat dan nutrisinya dengan susu ibu kerana keperluan susu bagi
bagi yang berumur 0 hingga 6 bulan dengan bayi yang berumur 6 hingga 12 bulan adalah berbeza.
Selalulah membaca artikel atau majalah majalah berkaitan bayi untuk menambahkan lagi
pengetahuan tentang penjagaan bayi. Anak anda , tanggungjawab anda.