Susu Kambing vs Susu Lembu
Salic Goat - 100% Susu Kambing Asli & OrganikSusu kambing atau susu lembu? Kedua dua nya adalah susu semulajadi oleh makhluk ciptaan Allah
yang banyak manfaatnya. Rata rata kita mendengar banyak percanggahan pendapat diantara
kelebihan dan kekurangan kedua dua jenis susu ini. Walaubagaimanapun pengguna pada masa kini
haruslah bijak memilih kerana kedua dua nya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ambilah
manfaat dari kelebihan kedua dua nya supaya ianya saling melengkapi fungsi dan kegunaan untuk
sehari harian ataupun untuk jangka masa panjang. Artikel ini akan menceritakan lebih mendalam
tentang perbezaan kedua dua jenis susu ini. Mungkin ada pengguna yang lebih senang mengamalkan
minum susu kambing ataupun sebaliknya. Tepuk dada tanyalah selera anda. Apa yang penting
khasiat daripada penggunaannya dapat memberikan kesan positif terhadap kesihatan tubuh badan
kita.
Terdapat perbezaan yang terkandung di dalam susu kambing yang membuatkan ianya berbeza
dengan susu lembu. Salah satunya adalah susu kambing bersifat alkali dan ini secara tidak langsung
membuatkan susu kambing bersifat melawan virus. Ini dapat dijelaskan lagi kerana PH alkali
bertindak meneutralkan asid di dalam badan. Seperti yang diketahui umum kandungan asid yang
berlebihan di dalam badan boleh mendatangkan penyakit seperti sakit kepala, sakit otot, kandungan
yang berlebihan dalam badan serta akan menyebabkan tekanan darah dalam tubuh individu menjadi
tidak stabil. Tekanan darah yang terlampau tinggi boleh membawa kepada penyakit strok jika tidak
dikawal dengan rapi. Sesetengah individu kadangkala mempunyai masalah penghadaman yang
membawa kepada masalah sembelit. Perkara ini jika tidak mencari alternatif untuk
menyelesaikannya mungkin akan memudaratkan kesihatan individu itu. Sifat mudah hadam susu
kambing berbanding susu lembu menjadikan ia kelebihan yang sesuai untuk masalah penghadaman.
Susu kambing mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus, lembut serta mudah di
hadam berbanding susu lembu. Perkara ini menjadikan diet susu kambing sangar sesuai untuk orang
dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.Zarah molekul yang halus juga meletakkan susu
kambing sebagai penyelesaian masalah untuk penyakit ulser dan gastrik. Terdapat kes kes yang kita
dengar bahawa kanak kanak kecil yang berumur dua hingga lima tahun mempunyai alahan kepada
susu tepung dan susu lembu. Ini terjadi kerana kandungan laktosa yang tinggi di dalam susu lembu.
Sifat susu kambing yang mudah hadam menjadikan laktoka mudah melalui usus seterusnya
menjalankan peranannya untuk mengelakkan masalah cibit birit dan alahan pada kanak kanak.
Ketika kita menjalankan aktiviti sehari harian , kita memerlukan ketahanan badan yang tinggi dan
kesihatan badan yang baik. Namun kadangkala akibat penggunaan tenaga yang melampau dan
faktor cuaca kita juga mudah terkena penyakit seperti demam panas, sakit tekak dan batuk. Peranan
susu kambing di sini adalah membekalkan tenaga yang banyak dan meningkatkan daya tahan badan.
Ini berlaku kerana kandungan asid lemak baik iaitu asid kaprik dan kaprilik yang berfungsi mencegah
kesan jangkitan berbanding susu lembu yang kandungan asid lemak baik yang kurang.Selain itu susu
kambing juga kaya dengan sel selenium berbanding susu lembu. Sel selenium ini bertindak
membantu sistem ketahanan badan sel manusia dan bahan anti oksida di samping menghalang dan
mencegahnya dari membiak. Lendir yang terbentuk dalam sifat fizikal susu lembu juga membuatkan
pengguna lebih memilih untuk meminum susu kambing untuk diet mereka. Susu kambing juga di
dapati mempunyai banyak kandungan bioorganic sodium berbanding susu lembu. Kegunaan
bioorganic sodium ini adalah untuk rawatan naturophatic sebagai elemen anti penuaan serta dapat
juga mengurangkan masalah Rheumatoid Arthiritis (inflamasi sendi). Badan yang sihat dan cergas
menjadi faktor utama kesejahteraan hidup kita sehari harian. Susu kambing secara semulajadinya
dapat mencegah pembiakan organism yang merbahaya dalam badan sekaligus menjadikan kita lebih
sihat. Mineral seperti potassium dan kalsium yang terkandung dalam jumlah yang tinggi dan sodium
yang rendah dalam sus ukambing berbanding dalam susu lembu sangat penting bagi membentuk
tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal. Berbanding susu lembu, susu
kambing juga mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga merawat simpton penyakit
Lelah, eczema, colic, insomnia dan demam kuning. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam
susu kambing berbanding susu lembu juga dapat mencegah penyakit diabetes dan bersifat anti
barah.
Di awal hujahan artikel ada menyebutkan bahawa susu lembu juga terdapar kelebihannya yang
tersendiri. Bancian yang dijalankan menunjukkan rata rata rakyat Malaysia lebih senang
mengamalkan minum susu lembu berbanding susu kambing. Apabila umur kita semakin meningkat
tulang tulang di dalam badan kita mula menunjukkan penipisan dan ada juga yang terkena
osteoporosis iaitu penyakit yang menyebabkan penipisan dan kelemahan tulang. Penyakit ini jika
tidak dirawat di peringkat awal boleh mendatangkan kemudaratan yang besar kerana melibatkan
pergerakan. Susu lembu di sini boleh menjadi supplemen yang paling baik untuk membekalkan
jumlah kalsium keranan dapat menjadi agen pertumbuhan tulang. Kalsium akan bergabung dengan
fosforus untuk membentuk kalsium fosfat yang merupakan bahagian penting dalam
hidroksiapatit.Hidroksiapatit di sini bermaksud proses yang memberi struktur dan kekuatan tulang.
Cabaran pekerjaan pada masa kini selalu menyebabkan perkerja mengalami sakit kepala dan
migrain. Kandungan mineral dan kalsium yang terkandung dalam susu lembu boleh mencegh
migraine dan mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) juga dapat membantu dalam
melindungi sel sel usus besar dari bahan bahan kimia yang menyebabkan kanser. Selain itu kalsium
di dalam susu lembu sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam melawan kanser
payudara di samping kandungan mineral lain dalam susu lembu telah terbukti dapat melawan
penyakit gout. Kebaikan susu lembu berbanding susu kambing lagi yang dapat dikongsikan adalah
mengandungi vitamin B12 yang berperanan penting dalam penghasilan sel darah merah sekaligus
dapat mnecegah anemia dan membantu pembangunan penuh sel sel saraf. Selain itu ia dapat
meningkatkan kebolehan sel untuk metabolisme karbohidrat,protein dan lemak. Obesiti juga
menjadi masalah utama pada masa kini. Kanak kanak seawal umur dua hingga tahun sudah
mengalami masalah obesiti kerana sering mengamalkan makan makanan ‘fast food’ seperti
Mcdonal, KFC, Pizza Hut dan lain lain. Pengambilan susu kambing dari pringkat awal dapat mencegah
obesiti di kalangan kanak kanak begitu juga untuk orang dewasa terutama yang mempunyai lemak
berlebihan di bahagian perut.
Kesimpulannya, apa jua kebaikan dan kekuranga kedua dua susu kambing dan lembu kita perlulah
pandai menggunakannya ke arah jalan yang mendatangkan faedah. Namun kita juga khususnya para
ibu bapa jangan lupa bahawa susu yang terbaik adalah susu ibu yang melahirkan itu sendiri. Tiada
susu yang dapat menggantikan kebaikan dan keunggulan yang dipunyai oleh susu ibu bukan saja
memiliki zat yang penting untuk tumbesaran tetapi juga menyalurkan naluri dan kemanusiaan yang
tinggi untuk manusia.