Cara Menyusu Bayi dengan Betul
Salic Goat - 100% Susu Kambing Asli & Organik“Syurga seorang anak adalah di bawah telapak kaki ibu”. Bait bait perkataan yang menjadi halwa
telinga kita samaada secara langsung atau tidak langsung. Namun pernahkah anda terfikir
bagaimana ungkapan itu boleh tercipta. Pasti ada sebabnya. Perlu kita amati dan susuri bahawa
hubungan yang terjalin antara ibu dan anak bermula pada peringkat yang sangat awal iaitu seawal
proses kandungan. Bermula dari persenyawaan di antara sperma dan ovum sehinggalah ke akhir
fasa minggu ke 40. Di sini ibu yang mengandung sudah mula merasai hubungan yang erat dengan
anak yang dikandung. Gerak geri kandungan sudah mula di rasai oleh si ibu. Proses yang terpenting
terjadi ketika anak masih di dalam kandungan adalah proses pembentukan susu ibu. Ya, sebaik
sahaja seorang wanita itu hamil, sistem di dalam tubuh badan mereka sudah siap sedia untuk
menyusukan bayi. Terdapat beberapa proses yang boleh dikupaskan untuk mengetahui bagaimana
payudara seorang wanita menghasilkan susu.
Secara ringkasnya didalam payudara seorang wanita terdapat satu organ yang dipanggil kelenjar
susu yang bertanggungjawab menghasilkan susu ibu. Seterusnya di dalam kelenjar susu ini terdapat
satu pasukan yang mempunyai tugas tugas tersendiri dalam proses penghasilan susu. Di awal
permulaan, terdapat kelompok kelompok kantung kecil seakan buah anggur yang dipanggil alveoli
yang menghasilkan susu. Otot otot kecil di sekitar alveoli akan menekannya untuk mengeluarkan
susu masuk ke dalam duktul. Seterusnya , duktul yang posisinya diantara alveoli dan ductus susu
utama akan bertindak sebagai pengalir susu.Apabila susu sudah sampai ke duktus susu utama,
duktus susu yang sifat fizikalnya seakan akan penyedut penyedut minuman kecil yang kesemua
hujungnya terletak di puting payudara seterusnya mengalirkan susu ke dalam mulut bayi. Jumlah
duktus di dalam payudaya akan bertambah di mana bermulanya proses kehamilan. Peringkat paling
mencabar pada wanita yang memberikan susu ibu adalah diperingkat permulaan. Ketika ini bayi
yang baru lahir masih lagi tercari cari rentak untuk proses penyusuan. Kesabaran adalah kunci utama
bagi si ibu untuk melatih bayi kecil menyesuaikan diri menyusu badaan. Pengetahuan tentang cara
menyusu bayi dengan betul juga perlulah diambil kira oleh si ibu supaya kedua dua pihak mendapat
manfaat dan kebaikan di atas proses yang dilakukan.
Terdapat beberapa teknik yang perlu dikuasai oleh si ibu supaya dapat menyusu bayi dengan betul.
Antara tekniknya ialah kedudukan badan ketika menyusu, cara mendukung bayi, cara memegang
payudara, dan cara penyusuan. Untuk teknik kedudukan badan, pastikan badan si ibu berada dalam
keadan selesa. Untuk menambahkan lagi keselesaan, si ibu bolehlah bersandar pada katil atau kerusi
sebelah tangan memangku kepala bayi. Elakkan berada di posisi terlauh jauh dengan bayi atau
terlalu membongkok menghadap bayi kerana jikalau terlalu jauh, susah untuk bayi mencapai puting.
Secara umumnya, bayi yang baru lahir tulang mereka masih embut jadi pastikan anda tahu cara
mendukung bayi dengan betul. Kedudukan anggota badan seperti kepala, tengkuk dan tubuh
perlulah dalam keadaan selari supaya kedua dua pihak berasa selesa. Muka bayi juga perlulah
menghadap payudara dan perlulah rapat dengan si ibu dan pastikan seleruh bahagian belakang bayi
diampu.
Kaum ibu , terutamanya ibu muda yang menyusukan anak sulong masih lagi dalam proses
pembelajaran untuk menyusukan bayi dengan betul. Di samping itu si ibu juga perlu mengtahui cara
cara memegang payudara mereka dengan betul ketika proses penyusuan. Kadangkala apabila cara
memegang itu salah, bayi tidak dapat menghisap susu dengan sempurna dan cenderung untuk
meragam ataupun menangis. Untuk memegang payudara dengan betu, si ibu perlulah mahir dengan
teknik C dimana ibu jari perlu berada di atas puting dan selebih jari lagi berada di bawah puting.
Perkara ini bertujuan supaya baki empat jari yang berada di bawah puting tadi dapat menyokong
berat payudara. Berbeza dengan cara yang tidak betul dipraktikkan iaitu teknik gunting di mana ibu
jari dan jari telunjuk berada di atas puting dan selebihnya di bawah putting. Teknik seperti ini
membuatkan si ibu tidak selesa dan membawa kepada keadaan yang stress lantas tiada kasih sayang
yang akan timbul ketika proses penyusuan.
Sudah namanya pun bayi, anak kecil seperti itu masih tidak faham arahan apalagi untuk bercakap.
Pendekatan yang bijak perlu dilakukan oleh si ibu bagi melatih bayi ketika proses penyusuan. Perkara
yang paling utama dilakukan ialah cuba perhati berapa jam sekali bayi akan meminta untuk
menyusu. Selalunya bayi yang lapar susu akan memuncungkan bibir sambil berbunyi seakan akan
sedang menyusu. Ketika ini si ibu perlu pantas menyentuh bibir bayi untuk membuatkan bibirnya
terbuka luas dan seiring dengan itu gerakkan tubuh badan bayi ke arah payudara. Mulut bayi
perlulah berada pada kawasan hitam payudara yang dipanggil areola. Kasawan areola terbentuk
secara semulajadi pada trimester pertama semasa kandungan. Salah satu sebab mengapa ia menjadi
hitam adalah supaya dapat memberi panduan visual kepada bayi kemana hendak di tuju apabila
hentak menyusu. Seterusnya pastikan bdan bayi melekap pada tubuh si ibu dan payudara perlulah di
ampu.
Posisi penyusuan susu juga perlu diambil kira bagi memastikan bayi mendapat jumlah susu yang
optimum. Para ibu juga perlu mahir dalam posisi posisi ini untuk tidak terlal bergantung pada satu
posisi sahaja. Antara posisi posisi yang ada adalah posisi dakapan, posisi ‘fotball hold’, posisi beralih
payudara dan posisi baring. Posisi yang paling popular sudah semestinya posisi baring di mana bari
baring menghadap ibu dan seuruh badan melekap pada ibu. Posisi ini sedikit sebanyak dapat
membolehkan si ibu merehatkan badan. Bagi posisi ‘football hold’ pula bayi akan dipangku dengan
lengan si ibu dan muka dan kepala bayi perlu menghadap payudara. Posisi beralih payudara adalah
proses di mana ibu mengalih payudara yang di hisap oleh bayi mengikut masa. Apabila ibu mengalih
payudara secara automatik bahagian badan yang diampu bertukar tangan. Tekni ini dilakukan bagi
mengelak tangan si ibu menjadi cepat lemah dan sengal. Posisi yang terakhir adalah posisi dakapan
di mana ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki.Si ibu juga akan
memangku bahu bayi dan memegang kepalanya.
Hubugan ibu dan bayi itu adalah satu. Sebagaimana seorang bayi memerlukan ibunya begitulah juga
sebaliknya. Banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh si ibu seawal proses kehamilan,
hinggalah proses membesarkan bayi. Di mata kasar mungkin ianya nampak mudah namun kesabaran
yang tinggi harus ada dalam proses tersebut. Pasangan si ibu iaitu ayah pula perlulah selalu memberi
sokongan moral dan semangat supaya ibu yang banyak berkorban ini rasa dihargai. Membentuk
sesebuah institusi keluarga yang bahagia dan harmoni itu haruslah menjadi matlamat dan cita cita
setiap pasangan yang berkahwin kerana tanpa keluarga kita bukan siapa siapa di dunia sementara
ini.